(“ …it is nothing more than EXORTIC cattle show and almost feel like an aution show “

“ …there is nothing OUTSTANDING about these woman ..” )

hujah Peguam Philip Among Tn Marcel Jude semasa berhujah dalam pendengaran kes Philip Among pada 10/6/2021 di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Saya tidak akan mengulas keseluruhan kandungan Submission yang dibuat oleh Peguam Marcel Jude dalam kes Philip Among baru-baru ini.

Submission dalam mahkamah adalah dokumen mahkamah dan dilindungi peraturan mahkamah ( a priviledged documents ) walaupun iannya sudah tersebar di khalayak umum. Kita tidak tahu secara sahih siapa yang menyebarkannnya . Sudah pasti hanya yang ada akses dalam pendengaran kes tersebut iaitu peguam, hakim, pendaftar mahkamah, kerani dan tertuduh yang ada akses. Kita tak tahu secara pasti siapa di antara mereka yang membocorkannya. It could be the lawyer himself ? Tertuduh? Kerani ? Yang pasti iannya sudah bocor. Walaupun iannya sudah jadi ‘ public document ‘ kita perlu fokus kepada isu iaitu dari sudut manakah kita ada hak membawa kes terhadap Peguam Marcel Jude dan secara spesifik pertuduhan apa atau remedi apa yang patut kita ( Momogun ) dapat.

Kebebasan bersuara, berhujah dalam mahkmah adalah dijamin TETAPI jangan TERLEBIH tau melangkaui batasan. Peguam yang bijak dan tidak ketandusan idea patut fokus kepada isu dan bukannnya MERAPU!. Isu yang Peguam Marcel Jude harus fokus pada masa itu ialah bagaimana mendapatkan perintah bail / jaminan pengeluaran anakguamnya dari tahanan reman tidak lebih dari itu. Yang beliau koner/pusing sana sini, menyimpang sana sini dan tidak fokus kepada isu buat apa? Hujahan dalam fasa tersebut tak perlulah koner sana sini. Hanya fokus kenapa anakguamnya perlu diberikan pelepasan/bail. Beliau boleh ‘ merapu ‘ ( kalau tidak tahan sangat nak merapu ) semasa pendengaran penuh kes ini itu pun janganlah menyentuh sensitiviti 35 kaum/etnik /suku kaum di Sabah!

NOW …

Adakah kita boleh saman beliau ?

Oleh kerana Submission dalam mahkmah adalah dilindungi/priviledged maka saman untuk menghina hanya boleh dibawa oleh mereka yang ‘ directly’ teraniaya atau terkesan. Dalam kes ini Penganjur UNK, Peserta2 ( dulu & sekarang ) , persatuan dan yang berkaitan dengannya ada hak.

JIKA sekiranya ‘ defamation’ / penghinaan kurang ‘ menyengat’ jangan bimbang ada lagi satu option iaitu di bawah Sedition Act/Akta Hasutan 1948 . Kenapa dibawah akta ini ?

‘Arousing of anger of the feeling of a community ‘

Kenyataan beliau menyebabkan kemarahan oleh sesuatu kaum atau kaum-kaum.

Untuk ini perlu laporan polis.

Beliau samakan pertandingan UNK sebagai pertunjukan lembu EXORTIC ( ejaan dibetulKAN exotic) . Jadi napa anakguamnya beriya/ia jadi manager? Mahu jadi ketua lembu? Dan peguam pula penasihat pengurus lembu?
Pendek kata hujahan beliau dalam mahkmah tidak lebih dari ‘ pertunjukan pengembala lembu eksotik yang kehabisan idea dan patut dicampak oleh Puan Hakim yang bukannya ‘ manager ‘ pertunjukan pameran lembu eksotik’ dan tidak sesuai dalam mahkamah yang bukkanya tempat para pengembala lembu !

Sebagai Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah ( SAMORA ) yang juga pernah jadi Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2000 dan beberapa kali dijemput sebagai juri dalam Pertandingan UNK peringkat Negeri dan daerah, saya amat terasa dan terkesandengan hinaan beliau.

Kami juga secara DIRECT atau INDIRECT terkesan dengan hinaan ini kerana kami juga ada pertandingan Mitarab Gimpuhut Momogun Rungus dalam Pesta Magahau. Iannya secara langsung terkesan dengan hinaan beliau.

Kepada kaum Momogun Rungus saya menyeru agar bangkit menentang dan mengutuk hinaan ini.

LAST BUT NOT LEAST…team peguam kami sedang menkaji bentuk tindakan perundangan yang akan diambil termasuklah kes jenayah, sivil, mahkamah anak negeri dan pengemukaan tindakan disiplin di Sabah Law Association ( SLS).ni

Konsapatan

Dato’ Dr Jelani Bin Hamdan
Presiden
Persatuan Momogun Rungus Sabah ( SAMORA )
13/6/202

Ref ; https://inisabahbah.com/unk-cuma-sebuah-pameran-lelong-lembu-eksotik-kata-peguam-star/?lang=ms&fbclid=IwAR2XrA6pNHcfMd7v_tyhInn9adngzwJpeGzPQasEc835VQcPKtOqAE3B4e0