TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
menyempurnakan Program Ibadah Qurban Peringkat Ibu Pejabat Polis (IPD)Tuaran di Dewan Jomo, IPD Tuaran, hari ini.

Beliau bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim (ADUN Tamparuli) dan Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Encik Jasnih Daya (ADUN Dalit) dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar,

Datuk Joniston Bangkuai (ADUN Kiulu) secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim.

Hajiji dalam perutusannya sempena Hari Raya Aidiladha berkata, tahun ini merupakan kali kedua umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha
dalam suasana norma baharu akibat pandemik COVID-19.

“Bagi kita umat Islam di Sabah, iktibar daripada Aidiladha menjadi panduan dalam menghadapi ujian besar asbab wabak yang menular.

“Aidiladha menatijahkan erti kesabaran. Dalam keadaan dan cabaran yangsedang dihadapi ketika ini, kita dituntut agar sentiasa bersabar, bersyukur,
bermuhasabah diri, berlapang dada dan bersama-sama menempuhnya.

“Raikan Aidiladha ini bersama keluarga di rumah masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Semoga Aidiladha tahun ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan ,terutamanya dalam aspek memelihara hubungan kekeluargaan seperti yang
dianjurkan oleh Islam iaitu sifat saling memaafkan yang termasuk sebagai salahsatu syarat maghfirah dari Allah SWT”, katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Encik Abdul Kassim Razali.-pr/BNN

Hajiji bersama Jahid, Jasnih dan Joniston secara simbolik menyerahkan lembu kepada Hamizi.