Virus Covid sudah berada dalam komuniti. Ini bermakna makin mudah dan makin ramai orang akan dijangkiti. Saringan secara besar besaran yang dibuat oleh JKNS membuktikan andaian ini. Makin banyak saringan dibuat makin ramai kes positif baharu yang ditemui. Dahulu, jangkitan adalah ‘localised’ dan jumlahnya tak banyak.
Kontak rapat sudah menjadi kumpulan tertinggi kes harian, 60% pada Julai 30. Kontak rapat ini pula ada jaringan kawan-kawan mereka sendiri (circle of friends). Mereka mungkin telah menjangkiti kawan-kawan mereka yang lain pula. Ini mengakibatkan bilangan kes harian berganda, yakni kesan ‘multiplier effect’. Hasilnya bilangan positif baharu semakin naik kerana semakin luas medan saringan yg perlu dibuat oleh JKNS.
Apabila virus Covid sudah berada dalam komuniti, ‘lockdown’ bukan lagi kaedah yg berkesan untuk mengakang penularan. Setiap daripada kita secara tak sedar berkemungkinan sudah menjadi pembawa virus, tak kira kita sudah divaksin atau pun belum. Everyone of us is now a potential virus carrier. Kita boleh menjangkiti orang-orang disekeliling kita walaupun kita berada dalam suasana lockdown atau tinggal di kawasan dibawah PKPD. Dulu lockdown adalah kaedah yg berkesan kerana jangkitan berlaku dalam kawasan yang terhad atau ‘localised’. Sekarang jangkitan berada dalam komuniti.
Lockdown atau PKPD secara berterusan hampir melumpuhkan ekonomi kita. Banyak syarikat golong tikar atau rugi besar. Ramai penduduk kita hilang punca pendapatan dan sekarang bergantung kepada bantuan Kerajaan. Mereka mahu berkerja semula untuk menyara keluarga mereka. Kemampuan Kerajaan untuk terus memberi bantuan dan subsidi sudah terhad. Kita perlu mengimbangi hidup dan kehidupan. We have to balance lives and livelihood. Dan ini tidak boleh dibuat dengan pendekatan lockdown atau PKPD semata mata.
Kunci melawan dan mengurus pandemik ini ialah pematuhan SOP dan meningkatkan kadar vaksinasi dikalangan penduduk. Kapasiti JKNS untuk memberi vaksin sudah sampai ke tahap 50 ribu dos sehari dan akan dipertingkatkan lagi hingga ke sekitar 60 ribu dos sehari bergantung kepada stok vaksin kita. Rakyat sudah agak lesu dalam keadaan ‘terkurung’ dan mungkin sudah agak lalai mematuhi SOP. Pematuhan SOP secara total membantu kita mengelak daripada dijangkiti. Vaksinasi memberi kita ‘kekebalan’ daripada jangkitan virus sehingga 90%. Kita masih boleh dijangkiti tetapi kesannya ringan (mild) dan tidak memerlukan rawatan hingga masuk ke hospital. It’s not life threatening.
Strategi pendekatan kita seterusnya berasaskan perkara perkara yang telah dinyatakan diatas. Lockdown semata mata tidak akan menyelesaikan masalah kes jangkitan yang semakin bertambah. Ia sekadar satu kaedah dan bukan satu-satu nya jalan keluar daripada jangkitan yang bertambah. Dulu kita tidak ada pilihan lain selain daripada lockdown kerana vaksin belum ada.
Peningkatan kadar vaksinasi dikalangan penduduk Sabah bagi membolehkan kita mencapai kelompok imuniti dan penguatkuasaan pematuhan SOP secara berkesan terbukti lebih berkesan menurunkan jumlah jangkitan setiap hari dalam suasana jangkitan yang sudah berubah. Pendekatan ini sudah terbukti berkesan ditempat lain. Apa yang perlu ialah bekalan vaksin yang cukup dan jadual penghantaran ke Sabah yg tidak terganggu.-
Datuk Seri Panglima Masidi Manjun
State Covid-19 spokesman
State Local Government and Housing Minister