UMNO tetap berjuang diSabah-Salleh

0
183
Datuk Salleh Said Keruak
KOTA KINABALU: UMNO Sabah menghormati keputusan Parti-Parti Sarawak untuk keluar dari BN atas alasan-alasan yang dinyatakan.
Kita ucapkan selamat berjuang , kata Datuk Salleh Said Keruak Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dalam blog sskeruak.blogspot.com
Di Sabah, masih ramai ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti yang masih setia dengan perjuangan UMNO. Mereka telah bekerja keras untuk memenangkan calun calun BN semasa PRU 14, kata beliau.
“Kita tidak akan meninggalkan UMNO Malaysia hanya kerana kegagalan membentuk Kerajaan. Setiakawan mesti kita pelihara. Kita harus terus memperkukuhkan parti sebagai pilihan alternatif kepada rakyat.”
Apa pun tindakan yang diambil semestinya melalui muafakat antara kita. Tindakan tergopoh-gopoh akan merugikan kita.
“Ketika ini kita tumpukan untuk menentukan proses pemilihan kepimpinan parti yang berlangsung pada 30 Jun akan berjalan lancar.”
“Berbeza pendirian politik bukannya satu kesalahan dan tidak semestinya bermusuh. Kita amalkan politik matang demi Negara dan Rakyat Malaysia tercinta.”-pr/BNN