KOTA KINABALU: Kita ingatkan pemimpin – pemimpin parti dan kalangan ahli parlimen, politik yang terlalu mengikut hawa nafsu dan emosi, ditambah lagi niat tersasar menggunakan platform politik kuasa kepartian atau sebagai ahli parlimen jarang akan selamat dan ada keberkatan. Politik tanpa kawalan dan kematangan, apatahlagi merosakkan diri dengan hilang ketaladanan mengurus sikap dan perjuangan, gagal intigreti dan keamanahan maka dengan sendirinya martabat diri dan perjuangan akan jatuh susut nilai buat rakyat benci dan cukup melaut.
Sewajarnya saat negara berhadapan dengan krisis kesihatan terbesar peringkat global dimana rakyat negara sendiri sana sini sakit, rumit dan kusut mengurus sasuap nasi esok mahu makan apa, bagaimana mahu mendapatkan vaksin dan mengurus keluarga di icu juga urusan kematian, patutkah rasa keinsafan itu tidak mampu disematkan sepakat bersatu bertenang dalam sabar dan beriman agar politik jangan dulu dijadikan alat menganggu tumpuan dan keutamaan tugas kerajaan, frontliner dan semua orang yang mahukan pemulihan diperkasa fokus selautan muhasabah sedalam istiqamah.
Cerdik politik saja tidak membawa makna cerminan kebijaksanaan bila tidak sabar, jika ego kepentingan diri bermain diperjuangkan saban hari suka berbalah, lebih malang adakala membawa masalah dijalanan wahima tergamak melanggar sop. Hentikan semua ini, mari kembali ke pangkal jalan. Jangan seperti setitik nila maka rosak susu sebalanga, telur sibiji riuh sekampong, Tuanku Agong turut terganggu, negara jadi tidak stabil atas onar sikap berbalah yang ditunjukkan, kesanya tentu buruk kepada rakyat, semua orang terganggu.
Hj.Yahya Hj.Ahmad
Presiden
Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah ( PRESBAH