KOTA KINABALU: Pembentukan Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakub hari ini membuktikan Frasa “Keluarga Malaysia” diterjemahkan dalam memanuhi aspirasi rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak
Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata pelantikan enam wakil dari Sabah dua Menteri Penuh dan 4 Timbalan Menteri dalam barisan Kabinet baharu disifatkan sebagai pengiktirafan untuk rakyat di Sabah.
Sambil menzahirkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pelantikan tersebut,Bung yang juga Menteri Kerja Raya berharap di bawah barisan kepimpinan Kabinet baharu mampu mengwujudkan satu pasukan yang mantap dan berwibawa sebagaimana yang ditekankan oleh Perdana Menteri sebelum ini ,Kabinet ini adalah satu pasukan pengurusan yang berkerja sama bersama rakyat yang perlu bertindak pantas dan bersepadu
“Kita sedar dan insaf, pada ketika rakyat masih bergelut dengan penularan pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, rakyat menaruh harapan cukup besar kepada Kabinet baharu ini” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan disini bagi mengulas pembentukan Kabinet baharu yang diumukan oleh Perdana Menteri hari ini.
Menurut Bung , kejayaan sesebuah kabinet itu bergantung kepada kerjasama dan Ahli Kabinet yang perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan telus demi kepentingan rakyat.
Di samping itu menurut Bung strategi pelaksanaan penting dalam memastikan kedudukan institusi kerajaan yang kukuh dan diperkasakan di mata rakyat dimana negara perlu ditadbir secara strategik agar pentadbiran baharu ini dapat membawa negara ke landasan ekonomi yang betul dan dapat mengawal penularan pandemik COVID-19,
“Kita juga mengharapakan Kabinet baharu ini perlu mempunyai satu idea baharu disusuli dengan tindakan-tindakan yang pantas. Rakyat mahu apabila sesuatu itu diumumkan, kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakannya, bukan untuk menunggu lagi,” katanya.
Mengulas Pelantikan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin satu-satunya pemimpin yang mewakili Umno Sabah sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II, Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata pelantikan tersebut merupakan satu pengiktaran kepada Umno Sabah sebagai gabungan utama kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
“ Pelantikan ini kita amat hargai dan bertepatan dengan isu isu pendidikan yang masih menjadi cabaran kita di Sabah dan berharap beliau (Mohamad) akan lebih memahami isu dan keperluan pendidikan di Sabah untuk disuarakan secara langsung kepada kerajaan dan Kementerian Pendidikan” jelas Bung.
Dalam pada itu Bung juga menyambut baik pelantikan Datuk Arthur Joseph Kurup sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya yang beliau sifatkan sebagai jambatan antara Kementerian Kerja Raya di peringkat pusat dan negeri dalam mengwujudkan kolabarasi yang lebih padu bagi memenuhi keperluan pembangunan insfrastruutur seperti jalanraya bekalan air dan lain-lain di Sabah yang masih jauh ketinggalan.
“ Penempatan beliau (Arthur) sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya amat sesuai dan kita mengharapkan segala isu berhubung dengan keperluan pembangunan insfrastrukur di Sabah dapat disuarakan ,ini kerana di peringkat negeri kita masih mengharapkan bantuan terutamanya peruntukan dari kerajaan Pusat untuk membangun dan meningkatkan kemudahan insfrastruktur seperti jalanraya dan bekalan air bersih di Sabah” Jelas Bung.-pr/BNN