KOTA KINABALU: Sekali lagi agak meletup tentang kadar vaksinasi Negeri Sabah, apabila YB Syed Saddiq menyatakan kadar terkini negeri Sabah mencecah 3 ribu kes hari, hal ini benar tetapi data beberapa hari lepas berdasarkan semalam 3 Sept, kadar kes terbaharu adalah 2329 dengan kesembuhan mengatasi kes iaitu 3355.
Untuk makluman pemimpin Sabah tidak pernah berhenti menyuarakan tentang vaksin ini. Cakap saja di peringkat kerajaan mahupun pembangkang. Pemimpin kecil dan besar. Dengan kadar populasi 3,908,484 dan keluasan negeri Sabah 73,631 km persegi (kedua terbesar di Malaysia) dan topografi yang pelbagai maka usaha untuk pencapaian agak rendah. Ini antara sedikit rujukan https://www.google.com.my/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/151122
Usaha internet juga diperluaskan, melalui JENDELA pihak kerajaan dengan segala upaya memberi pemberian internet. Kita maklum pendaftaran Mysejahtera memerlukan capaian internet yang kuat.
Baca di sini: https://www.borneodailybulletin.com/pelan-jendela-negeri-sabah-rm3-5-billion-diperuntukkan-arthur/. Namun perlu juga dilihat usaha CITF setiap daerah yang turun padang bagi memastikan penduduk di pedalaman khususnya dan memudahkan pergerakan penduduk telah dimulakan bersama KKM, PBT dan PPM setiap DUN yang ada, kaedah dijalankan termasuk kaedah walk ini, rujuk Vaksin secara walk ini juga turut dipergiat https://www.google.com.my/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/vaksinasi-walk-di-sabah-berjalan-lancar-masidi-314220%3famp=1
Kadar pemberian vaksin. Jika dilihat PALING RENDAH tetapi saya meminta dibaca dengan nombor yang mana negeri Sabah menerima vaksin KE-4 TERTINGGI di Malaysia iaitu setakat 3 Sept 2,855,149 (dos pertama dan kedua) tidak termasuk vaksin cansino (satu dos yang telah sampai utk rakyat luar bandar)- Rujuk foto 3 / https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/08/856189/180000-dos-vaksin-cansino-dihantar-ke-sabah. Dengan jumlah menghampiri 50,000 dos setiap hari dalam sebulan lg sy percaya kita akan mencapai imuniti kelompok.
Pengunaan katil. Yang benar kita perlu akui, memang melebihi jumlah katil yang ada. Paling tinggi adalah Kedah (120%). Negeri yang penggunaan katil termasuk Sabah (110%), Perak (106%), Perlis (100%), Pulau Pinang (101%). Namun perkara ini perlu juga dibaca dengan kapasiti jumlah katil disediakan, seperti Selangor 99% namun jumlah katil adalah 337 bermakna hampir semua penuh serta tertinggi jumlah penggunaan katil ICU di Malaysia dan jika dibaca sahaja dengan peratus Perlis agak tinggi, namun jika dibaca dengan jumlah Perlis cuma ada 11 katil sahaja. Akan tetapi, berkenaan penggunaan katil di ICU ini perlu diambil perhatian di negeri Sabah. Untuk maklumat berkenaan perkembangan usaha JKNS boleh rujuk foto 5, 6 dan 7 yang dilampirkan.
Saya tidak menyalahkan YB Syed Saddiq untuk kenyataan ini, benar apa dikatakan namun bacalah sekali fakta peratus bersama angka atau nombor yang ada. Apa pun terima kasih YB atas keprihatinan yang ada
Penjelasan ini bukan bermakna saya ingin mengajar, tetapi untuk sama-sama kita celik. Semoga kita semua mencapai imuniti kelompok dengan cepat semua pihak perlu berkerjasama, vaksin disalurkan secara konsisten, rakyat perlu peka (selain MySejahtera sekarang ni program berperingkat dari kampung ke kampung serta kawasan tumpuan) selain keterbukaan menerima vaksin dan kita terus jaga SOP yang ada.
Salam Hormat
Sabah Maju Jaya
Fadilah Hj. Sarbi