KOTA KINABALU: Masalahnya vaksin dalam jumlah yg banyak hanya mula dihantar ke Sabah pada bulan Julai tahun ini dan kita ketinggalan berbanding negeri-negeri lain dalam program imunisasi. Peratusan rakyat dewasa Sabah yang sudah di beri vaksin lengkap sudah melebihi 42%, ada daerah-daerah yg sudah melebihi 80peratus.
Ramai orang Sabah lebih suka mendaftar secara manual daripada melalui MySejahtera kerana masalah liputan internet yang tidak baik dan app MySejahtera mengalami pelbagai masalah.
Kita telahpun memperkenalkan walk-in inoculation (daftar dan cucuk) lebih awal daripada kebanyakan negeri di Malaysia, juga program outreach. Kekangan kita dahulu ialah kekurangan vaksin. Tetapi bekalan vaksin adalah dibawah kelolaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Mosti, yakni kuasa kementerian-kementerian Persekutuan. Keupayaan menyuntik JKNS ialah sehingga 62,000 dos sehari, tetapi sebelum bulan Julai, kita hanya boleh menyuntik 12,000 – 20,000 dos sehari kerana bekalan vaksin tidak mencukupi. Kadang-kadang vaksin tidak sampai ikut jadual dan ada PPV yg terpaksa ditutup.
Sarawak diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin lebih awal kerana mereka dikatakan akan mengadakan PRN tahun ini. Tetapi usaha memerangi Covid ini, ada juga perkara yang timbul diluar dugaan kita. Peratusan rakyat yg sudah lengkap divaksin di Sarawak adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada Sabah, tetapi kelmarin (Sept 3) kes baharu di Sarawak mengatasi jumlah kes di Sabah. Ada orang mendakwa kerana varian Delta. Saya tidak pasti.
Sabah tidak ada masalah bekerjasama dengan NGO2. Banyak NGO sudah pun terlibat dalam program kita seperti Kelab 4×4. Kerajaan Negeri juga memberi peruntukan kewangan kepada ADUN2 Pembangkang untuk membolehkan mereka sama-sama membantu rakyat.
Pandemik Covid datang melalui pelbagai fasa. Kita fikir pandemik sudah reda, datang pula ‘ombak’ (wave) kedua dan seterusnya ketiga. Ini kita boleh lihat di banyak negara termasuk United Kingdom, Cina dan Jepun yang mengalami ‘new wave of infection’. Kenapa berlaku? Kerana virus Covid ini sentiasa melalui evolusi atau mutasi (mutation). Ia boleh bertukar menjadi varian yang lebih kuat seperti varian Delta dan Lambda.
Sebagai tambahan,
Sabah adalah negeri yg paling ramai warga asing / PTI. Mereka juga terpaksa kita ambilkira dalam program imunisasi. Penduduk warga asing akan mengurangkan peratusan yang boleh disuntik di Sabah kerana bukan mudah dapatkan mereka untuk disuntik.
Syed Sadiq dan pemimpin-pemimpin pembangkang lebih sibuk berpolitik menjatuhkan Kerajaan PN daripada membantu Kerajaan menyelesaikan masalah pandemik dan sedikit sebanyak membantut usaha Kerajaan menangani masalah ini. Kenapa tidak salahkan sikap diri sendiri?-
Datuk Seri Panglima Masidi Manjun
Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Jurucakap Covid-19 Sabah