KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sarawak ke 4, Datuk Sylvester Entri Muran, atas kejayaannya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan.

Pengerusi PPN Sabah, Datuk Mohd Nazri Abdullah, berkata kejayaan Sylvester yang lulus Viva Voce pada 12 Februari lalu membuktikan komitmen tinggi beliau terhadap peningkatan ilmu dan kecemerlangan diri.

Beliau berkata, pencapaian itu bukan sahaja membanggakan keluarga dan rakan seperjuangan, malah menjadi inspirasi kepada warga peladang di Sabah, Sarawak dan di seluruh Malaysia untuk terus menimba ilmu demi memajukan sektor pertanian.

“PPN Sabah bersama semua PPK dan Ahli Ahli Peladang di Sabah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Sylvester Entri Muran  pemimpin Peladang yang sangat rapat dengan pemimpin dan ahli ahli peladang di Sabah atas kejayaan ini. Semoga pencapaian akademik yang diraih menjadi pemangkin kepada sumbangan lebih besar beliau kepada pembangunan sektor peladang dan pertanian negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Nazri, kejayaan Sylvester membuktikan bahawa kepimpinan dalam sektor peladang perlu seiring dengan penguasaan ilmu dan kepakaran pengurusan bagi memastikan organisasi kekal relevan serta berdaya saing.

Sylvester sebelum ini pernah menerajui PPN Sarawak, Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan Menteri Muda Pertanian Negeri Sarawak dikenali sebagai antara tokoh peladang dan Kerajaan yang aktif memperjuangkan kebajikan serta kemajuan komuniti peladang di negeri itu.

PPN Sabah turut mendoakan agar beliau terus mencapai kejayaan cemerlang dalam kerjaya serta terus menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian dan komuniti peladang di Malaysia.-pr/BNN