KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan perpisahan daripada Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Sabah, Encik Mohd Hijri Mat Rani di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.
Hajiji mewakili Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Hijri yang telah berkhidmat di Sabah, terutamanya dalam membantu meningkatkan sektor perdagangan di negeri ini.
Mohd Hijri telah berkhidmat selama 3 tahun sebagai Pengarah MITI Sabah. Jawatan baru yang akan beliau sandang ialah Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah
Insolvensi Malaysia, Dato’ Anita Harun dan rombongan.-pr/BNN