Maritim menahan bot nelayan

0
187
Bot terbabit
Bot terbabit

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu (DM15) telah berjaya menahan sebuah bot pancing  dan sebuah bot nelayan tempatan di sekitar perairan Kota Kinabalu, kelmarin.

Pada jam lebih kurang 4.20 petang, bot ronda Maritim Malaysia telah menahan sebuah bot pancing No.Pendaftaran SJN 01015/F.

Hasil pemeriksaan lanjut didapati bot tersebut telah melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar dan lesen bot tiada dalam bot tersebut dan telah tamat tempoh sah lesen.

Dalam satu tangkapan yg berlainan, selepas menerima panggilan pada 7.30 malam daripada SWASLA  Kota Kinabalu yang telah mengesan sebuah bot yang menunda ikan kurang dari tiga batu nautika dari Tanjung Dalit, bot ronda Maritim Malaysia telah bergerak di lokasi yang telah diberikan.

Pada jam lebih kurang 8.15 malam bot ronda Maritim Malaysia telah tiba di lokasi dan kelihatan sebuah bot tunda No.Pendaftaran SJN 01355/F dalam keadaan bergelap yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

Hasil pemeriksaan lanjut didapati seorang  tekong warga Indonesia, tiga orang awak-awak, dua warga Filipina satu warga Indonesia berada di atas bot tersebut.

Pengarah Maritim Daerah Laksamana Pertama Adam bin Hj.Aziz berkata “ tiga awak-awak tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah semasa ditahan di atas bot.

Katanya lagi “ bot nelayan tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan kurang dari tiga batu nautika daripada pantai dan Akta Imigresen 1959 kerana tidak mepunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Tambahnya lagi “ bot tunda serta  hasil tangkapan ikan pelbagai jenis lebih kurang 250kg diiriingi ke jeti APMM untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, komuniti maritim khususnya di daerah  ini di sarankan supaya memberi sebarang maklumat berkenaan apa-apa jenayah maritim bagi memastikan perairan kita bebas daripada sebarang aktiviti jenayah maritim.-CE/BNN