JOHOR BAHARU : Tatik pembangkang yang melemparkan pelbagai proganda ,fitnah dan serangan peribadi semasa kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Johor gagal mempengaruhi pemikiran rakyat Johor untuk menyokong mereka pada PRN kali ini.
Ahli majlis tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata,taktik yang digunakan pakai parti pembangkang pada PRU-14 sehingga menjatuhkan kerajaan BN tidak memberi impak kerana rakyat telah merasai apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional selama memerintah negara bukan sahaja segala janji dalam manifesto mereka gagal ditunaikan namun kestabilan politik dan keadaan ekonomi negara semakin terjejas.
Justeru menurut beliau kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor cukup penting kepada parti untuk meneruskan langkah  mencapai kejayaan lebih besar diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
“Kemenangan  PRN Johor boleh dijadikan  penanda aras dalam memastikan kebangkitan parti selepas kemenangan BN di PRN Melaka untuk terus berjuang bagi mempastikan kemenangan pada PRU ke-15 ” katanya ketika dihubungi di sini sebagai mengulas kejayaan BN dalam PRN Johor kali ini kemarin.
Menurut Bung yang juga Pengerusi BN Sabah rakyat sudah bosan dengan permainan politik pembangkang yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas berbeza dengan BN yang menyediakan manifesto  lima teras utama  ikhtiar BN yang realistik dan  bakal direalisasikan oleh BN untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat Johor.
” Keputusan PRN Johor kali ini jelas rakyat memilih BN kerana mereka mahukan kestabilan politik ekonomi dipacu dan pembangunan berterusan untuk dinikmati oleh rakyat Johor” katanya
Bung yang juga yang juga Ketua Umno Sabah berkata strategi yang berkesan serta jalinan kerjasama antara parti-parti kompenan BN, jentera BN selain sokongan dari negeri negeri angkat di setaip kawasan DUN turut menjadi pemangkin kepada kejayaan PRN Johor kali ini.
” Memontum ini perlu dikekalkan dan terus dipertingkatkan khususnya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada rakyat terutamanya adun-adun yang baru dipilih dalam PRN Johor kali ini kerana ianya turut memberikan kesan kepada perjalanan seterusnya untuk menghadapi PRU ke-15″ tambah Bung
Sambil mengucapkan tahniah kepada Pengerusi BN Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi,seluruh kepimpinan tertinggi BN/Umno ,Kepimpinan BN Johor dan seluruh jentera BN yang datangnya dari seluruh pelusuk negara membantu berkempen Bung berkata, kemenangan besar UMNO dan BN pada PRN Johor akan beri mesej dan isyarat terhadap keupayaan parti bagi menghadapi PRU nanti bagaimana pun gerak kerja berterusan mendampingi rakyat ,membantu rakyat perlu diteruskan.
” Masanya kita terus berkerja menyusun gerak kerja di semua peringkat ,kita tidak boleh terleka dengan kejayaan ini kerana ianya adalah sebahagian dari pada kejayaan parti tapi kejayaan sebenaranya ialah kejayaan kita membentuk kerajaan selepas PRU ke-15 ” jelas Bung.-pr/BNN