KOTA KINABALU: Perayaan pesta kalimaran peringkat negeri Sabah bagi tahun 2022 akan di adakan pada 31 Mac di Dataran Pekan Kemabong.
Pesta yang akan dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 2, merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah akan bermula pada jam 9 pagi.
Pelbagai aktiviti yang akan dilangsungkan semasa perayaan pesta kalimaran pada kali ini seperti persembahan lagu-lagu murut, peragaan pakaian tradisional suku kaum murut dan lundayeh, persembahan tarian etnik, pusalo, Lolondoi dan banyak lagi.-pr/BNN