Yahya wakil Musa lancar hari belia peringkat Negeri

0
449
Yahya menyampaikan anugerah kepada Noorziean Mohd.Tairudin.
Yahya menyampaikan anugerah kepada Noorziean Mohd.Tairudin.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman melancarkan sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2017 di gelanggang luar berbumbung Kompleks Sukan Kota Kinabalu, hari ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Masiung Banah, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Haji Awang Damit Haji Ag.Anak dan Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Nourman Rayn Datuk Dr.Awang Zaini.

Yahya yang juga Menteri Belia dan Sukan Negeri turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara kepada Encik Stanley Tulis Missun bagi kategori lelaki dan Noorziean Mohd.Tairudin bagi kategori wanita. Mereka masing-masing menerima piala, sijil dan wang tunai RM3000.

Manakala pemenang saguhati bagi kategori pertubuhan belia dimenangi oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah yang menerima wang tunai RM5000.-CE/BNN