KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Hajiji Noor mengiringi
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Mesyuarat Majlis
Raja-Raja Kali ke-259 di Istana Negara Kuala Lumpur, pada Rabu. Mesyuarat ini akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Terdahulu, pada Selasa Ketua Menteri diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri
Panglima Sr Safar Untong menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri
yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di
Putrajaya. -pr/BNN