TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri
Panglima Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Ceramah Perdana “Aidiladha Yang
Dirindu” di Dewan Seri Sulaman di sini, semalam.

Majlis itu yang menampilkan penceramah jemputan khas, Ustaz Dr.Haji Das’ad Latif dari
Indonesia, selain persembahan nasyid oleh kumpulan Rabbani dan Ustaz Nazrie
Raihan.

Ribuan umat Islam membanjiri dalam dan luar dewan bagi mendengar ceramah perdana
oleh Dr.Haji Das’ad Latif.

Das’ad Latif dikenali dengan gaya ceramahnya yang ringan dan santai dengan
menyelipkan pesan-pesan Islam dalam bentuk kisah yang lucu sehingga semua
kalangan mudah menerimanya.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri
Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Mohd.Arif, Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Setiausaha
Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Ahli-Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan.-pr/BNN