KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengalu-alukan penerbitan lebih banyak filem berkaitan sejarah negeri Sabah dan pembentukan Malaysia.

Katanya, penerbitan filem “Silence of the 177” yang berkisah survival dan pengorbanan
dalam peristiwa pemberontakan Jesselton oleh pengarah prolifik Sabah, Marcellus Abas
(Marc Abas) dapat mendedahkan generasi muda dengan peristiwa yang berlaku pada
tahun 1943.

Beliau berkata, penerbiran filem berkaitan sejarah Sabah, pembentukan Malaysia dan
kenegaraan dapat mengangkat dan memartabatkan sejarah negeri dan negara.

“Filem sedemikian juga dapat memupuk rasa cinta terhadap tanah air dan semangat
nasionalisme dalam kalangan penonton terutamanya generasi muda. Kita mahu
generasi muda faham dan tahu sejarah negeri dan negara”, katanya.

Hajiji berkata demikian semasa melakukan pra pelancaran promosi filem “Silence of the
177” dan menghadiri Santai Belia Bersama Ketua Menteri Menyaksikan Tayangan
Filem “Mat Kilau” anjuran Majlis Belia Sabah dan Institut Kerjasama Kerajaan dan
Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri di Golden Screen Cinemas (GSC), Suria Sabah
Shopping Mall, semalam.

Hajiji juga mengalu-alukan orang ramai agar menonton “Silence of 177” yang dijangka
akan ditayangkan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan.
Lebih 270 belia menyertai program santai itu yang diadakan sempena sambutan Hari
Belia Negara 2022.

Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Tugas-
Tugas Khas, Datuk Dr. Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Menteri Belia dan Sukan, Datuk

Ellron Angin, Pe-PRmbantu Menteri Belia dan Sukan, Encik Andi Muhammad Suryady
Bandy, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong dan
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip.-pr/BNN