KOTA KINABALU : Perpaduan kaum, kesepaduan sosial dan integrasi nasional merupakan kunci utama untuk membina keharmonian, kemakmuran dan kesejehteraan negara
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) berkata tiga eleman ini penting dan merupakan kekuatan bagi menghadapi cabaran mendatang bagi mempastikan negara kekal aman dan terus makmur.
” Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab bagi mempastikan kelestarian keharmonian dan kemakmuran ini bertahan dalam satu ikatan perpaduan yang utuh, selari dengan tema Hari Malaysia tahun ini Keluarga Malaysia,Teguh Bersama” katanya dalam perutusanya sempana Sambutan Hari Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada malam sabtu ini.
Bung yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sabah 2022 berkata, sekiranya rakyat Malaysia bersatu hati dan tahu peranan masing-masing ianya mampu membendung perbuatan segelintir golongan yang bersikap ekstremis yang menabur fahaman perpecahan dan menyemarak api perkauman yang mencetuskan susana tidak aman dalam negera demi kepentingan peribadi.
Sehubungan itu katanya penyatuan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama ‘ perlu di hayati dan difahami bagi membawa kemajuan bersama, antaranya pembangunan infrastruktur, pendidikan, ekonomi, komunikasi dan kemudahan asas, meskipun masih banyak yang perlu dilakukan dan diperbaiki.
“Tanggal 16 Sept, Hari Malaysia tidak kurang pentingnya dengan Hari Kemerdekaan, ia perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa agama dan ideologi politik, kita harus komited mengubah mentaliti segelintir rakyat yang masih tidak peduli signifikan Hari Malaysia” katanya
Justeru Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya berkata, wacana dan naratif yang betul dan waras mengenai sejarah pembentukan Malaysia, amat perlu disemai terutamanya di kalangan generasi muda supaya sentimen negatif tidak terus bersemarak yang akhirnya melemahkan sistem persekutuan, selain menghancurkan kedaulatan negara pada jangka panjang.
Menurut Bung generasi muda sebagai pewaris dan merupakan kelompok terbesar mengisi ruang populasi kependudukan negara dimana peranan mereka amat diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan negara pada masa hadapan
Sehubungan dengan itu Bung berkata anjakan paradigma ,memiliki semangat patriotisme yang tingga, akhlak yang baik serta kepentingan ketinggian falsafah ilmu hendaklah disemai dalam minda golongan muda bagi membolehkan meneruskan agenda pembangunan negara
“Golongan muda wajar memenuhi masa dengan belajar dan mencari sebanyak mungkin pengalaman berharga untuk persediaan menempuh dunia yang lebih mencabar. Apatah lagi dunia hari ini bukan sahaja mempertaruhkan keperkasaan semata-mata, bahkan apa yang lebih penting ketajaman fikiran untuk menentukkan untung nasib seseorang” katanya
Dalam pada itu Bung turut mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia dan mengajak rakyat khususnya di Sabah menzahirkan kesyukuran kerana perpaduan dan keharmonian rakyat terus menjadi asas kukuh dalam mengekalkan kestabilan,keamanan dan kemakmuran negara.
Pelbagai acara siap diatur bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia Peringkat negeri Sabah kali ini antaranya upcara menaikan jalur gemilnag dan bendera negeri Sabah, persembahan khas “Kelurga Malaysia Teguh Bersama oleh artis artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, pesembahan hiburan artis-artis tempatan, dan upcara memotong kek Hari Malaysia 2022
Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin ,.Yang Amat Berbahagian Toh Puan Datuk Seri Panglima (DR) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noo rdijadualkan hadir ke majlis ini.-pr/BNN