TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meraikan dan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada seramai 38 orang bakal haji daerah Tuaran
tahun 2023 di Dewan Bangunan Rumah Kebudayaan Bajau Sama, Kampung Lok Batik
pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menasihatkan bakal
jemaah haji agar mengekalkan disiplin dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Dalam masa sama jaga juga kesihatan supaya urusan ibadat haji berjalan lancar, ikut
tertibnya dan dipermudahkan di sana nanti”, katanya.

Hajiji turut mendoakan agar urusan haji bakal-bakal haji dipermudahkan dan beroleh
haji yang mabrur.-pr/BNN