KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat
Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin
Seri Panglima Hajah Juliah Salag menyampaikan Anugerah Saidatina Khadijah
kepada Catherine Samuel @ Hajah Jamilah Abdullah, pada Program Anjung Mutiara
sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022 di Sabah
International Convention Centre (SICC) di sini, pada Isnin.

Jamilah, anak kelahiran Papar yang juga ahli perniagaan terkenal di Sabah itu turut
menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM15,000, menerusi anugerah
berkenaan.

Antara objektif program ini adalah menjadikannya sebagai wadah untuk membudayakan ilmu pengetahuan dan penyuntik kesedaran serta penghayatan terhadap nilai-nilai keagamaan yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah RasulullahSAW. -pr/BNN