KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pagi tadi telah melakukan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah di ibu Pejabat Polis Sabah Kepayan.
Turut menyembut ketibaan Bung yang juga Menteri Kerja Raya Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun serta pegawai pegawai kanan ibu pejabat polis Sabah.
Dalam pertemuan tersebut pelbagai perkara dibincangkan antara isu keselamatan khususnya di Sabah selain beberapa cadangan antaranya cadangan menaik taraf insfratuktur asas seperti bangunan-bangunan balai Polis dan kediaman anggota di seluruh daerah di negeri ini.
Selain itu turut disentuh ialah penglibatan komuniti setempat, badan-badan NGO serta agensi kerajaan yang lain dalam menjaga aspek keselamatan di komuniti masing-masing.
Dalam pada itu Bung menyambut baik beberapa cadangan dan akan membawa ke pengetuhan kerajaan terutamanya dalam aspek menyediakan prasarana balai-balai polis termasuk kediaman anggota yang lebih kondusif.-pr/BNN
–