KOTA KINABALU: Kerajaan negeri terus bertekad untuk memperhebatkan lagi
momentum pembangunan negeri Sabah, di samping menambah baik kualiti hidup
rakyat melalui pelbagai program dan inisiatif, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima
Haji Hajiji Haji Noor.
Beliau berkata, masih banyak yang perlu dilakukan namun sebagai pemimpin dan
kerajaan yang bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan, agenda membela
nasib rakyat dengan memacu pembangunan di seluruh negeri akan terus
diperhebatkan, meliputi pelbagai sektor pembangunan.
“Dalam konteks ini, kerajaan akan terus memperkasa pembangunan infrastruktur dan utiliti luar bandar serta jaringa nKomunikasi, meningkatkan kualiti pendidikan, kesihatan
dan modal insan, menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik dan
mengurangkan kemiskinan.
“Selain itu, menambah peluang pekerjaan, mempertingkatkan tahap keselamatan dan
yang lebih penting, membangunkan semula ekonomi negeri yang ternyata mengalami
kelembapan dan terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Dalam pada itu, Sabah juga telah membelanjakan lebih RM2.39 bilion untuk projek
pembangunan sehingga 4 September tahun ini, di bawah Rolling Plan Kedua,
Rancangan Malaysia Ke-12. Ini menunjukkan prestasi 45.67 peratus daripada lebih
RM5.23 bilion yang diperuntukkan di bawah pelan itu untuk 1,118 projek pembangunan
yang diluluskan di Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Menjunjung Kasih pada Majlis Istiadat
Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat negeri
Sabah bagi tahun 2022 sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.
Hajiji berkata, agenda pembangunan negeri khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya
(SMJ) kini
berada di landasan yang betul dan mula menampakkan hasil positif.
“Kejayaan turut dicapai dalam sektor lain seperti sektor pertanian, perindustrian dan
pelancongan termasuk pembangunan modal insan untuk memastikan anak-anak Sabah
tidak tercicir atau ketinggalan dalam bidang pekerjaan.
“Saya percaya rakyat bijak untuk menilai fakta pencapaian kita khususnya ketika
berhadapan dengan pandemik COVID-19. Sesungguhnya kita adalah kerajaan yang
bertanggungjawab bukan saja memikirkan dan merancang malah yang lebih penting
adalah melaksanakan banyak agenda pembangunan untuk membantu rakyat,” katanya.
Sempena majlis itu, Ketua Menteri yang mewakili seluruh rakyat Sabah turut
mengucapkan Selamat Hari Jadi Ke-69 kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin.
Katanya, Tuan Yang Terutama Tun ibarat payung perpaduan yang memayungi seluruh
rakyat di Sabah tanpa mengira agama, bangsa, dan kaum.
“Saya dan seluruh rakyat Sa
bah amat bertuah dapat bernaung di bawah pimpinan Tuan
Yang Terutama Tun yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat. Kestabilan dan
keharmonian yang telah dikecapi sehingga ke hari ini akan terus disemai dan
bertanggungjawab bukan saja memikirkan dan merancang malah yang lebih penting
adalah
membangunkan semula ekonomi negeri yang ternyata mengalami
kelembapan dan terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Dalam pada itu, Sabah juga telah membelanjakan lebih RM2.39 bilion untuk projek
pembangunan sehingga 4 September tahun ini, di bawah Rolling Plan Kedua,
Rancangan Malaysia Ke-12. Ini menunjukkan prestasi 45.67 peratus daripada lebih
RM5.23 bilion yang diperuntukkan di bawah pelan itu untuk 1,118 projek pembangunan
yang diluluskan di Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Menjunjung Kasih pada Majlis Istiadat
Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat negeri
Sabah bagi tahun 2022 sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri
Sabah di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.
Hajiji berkata, agenda pembangunan negeri khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya
(SMJ) kini berada di landasan yang betul dan mula menampakkan hasil positif.
“Kejayaan turut dicapai dalam sektor lain seperti sektor pertanian, perindustrian dan
pelancongan termasuk pembangunan modal insan untuk memastikan anak-anak Sabah
tidak tercicir atau ketinggalan dalam bidang pekerjaan.
“Saya percaya rakyat bijak untuk menilai fakta pencapaian kita khususnya ketika
berhadapan dengan pandemik COVID-19. Sesungguhnya kita adalah kerajaan yang
bertanggungjawab bukan saja memikirkan dan merancang malah yang lebih penting
adalah melaksanakan banyak agenda pembangunan untuk membantu rakyat,” katanya.
Sempena majlis itu, Ketua Menteri yang mewakili seluruh rakyat Sabah turut
mengucapkan Selamat Hari Jadi Ke-69 kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk
Haji Mahiruddin.
Katanya, Tuan Yang Terutama Tun ibarat payung perpaduan yang memayungi seluruh
rakyat di Sabah tanpa mengira agama, bangsa, dan kaum.
“Saya dan seluruh rakyat Sabah amat bertuah dapat bernaung di bawah pimpinan Tuan
Yang Terutama Tun yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat.
Kestabilan dan keharmonian yang telah dikecapi sehingga ke hari ini akan terus disemai dan
dipertahankan,” katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua penerima darjah kebesaran, bintang
dan pingat tahun ini.
“Saya berharap agar pengurniaan ini, akan dapat menyemarakkan lagi semangat dan iltizam semua penerima anugerah