Yahya menerima kunjungan OISCA

0
222
Kelihatan, Yahya (bersongkok) menyampaikan cenderamata berupa produk keluaran KPD kepada Dr.Yoshiko sambil diperhatikan oleh Yasuaki (dua dari kiri), Kalimin (kanan) dan Rainal (kiri).
Kelihatan, Yahya (bersongkok) menyampaikan cenderamata berupa produk keluaran KPD kepada Dr.Yoshiko sambil diperhatikan oleh Yasuaki (dua dari kiri), Kalimin (kanan) dan Rainal (kiri).

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden OISCA International Japan, Datuk Dr. Yoshiko Y.Nakano di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, kelmarin.

Kunjungan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan baik dan kerjasama  yang terjalin di antara OISCA International dan Kerajaan Negeri khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri melalui Korporasi Pembangunan Desa (KPD).

Kerjasama antara KPD dan OISCA International telah terjalin sejak 1977, iaitu ketika Pusat Latihan Belia KPD-OISCA ditubuhkan. Kerjasama adalah dalam bentuk bantuan bekalan kejenteraan lading, bantuan tenaga pengajar mahir daripada negara Jepun dan penghantaran pelatih cemerlang untuk mengikuti latihan lanjutan di negara berkenaan.

Disamping itu, OISCA International juga giat melaksanakan aktiviti kesedaran alam sekitar melalui program “Children Forestry Programme” yang melibatkan sekolah-sekolah rendah di negeri ini.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Agung (Secretary General) OISCA International, Encik Yasuaki Nagaishi, Pemangku Pengurus Besar KPD, Encik Kalimin Sahadi, Pengurus Inovasi dan Latihan KPD, Encik Rainal Lasumin dan Pegawai Pusat Latihan KPD OISCA Tenom, Encik D.H.Mil Sharif Biok dan pembantu Yoshiko, Puan Hayashi Kumiko.-pr/BNN