Yahya terima kunjungan ketua masyarakat Putatan

0
512
Kelihatan, Yahya (duduk, enam dari kanan) bersama OKK Haji Yunus (duduk, lima dari kiri) dan Ketua Masyarakat Daerah Putatan.
Kelihatan, Yahya (duduk, enam dari kanan) bersama OKK Haji Yunus (duduk, lima dari kiri) dan Ketua Masyarakat Daerah Putatan.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua-Ketua Masyarakat Daerah Putatan di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.

Kunjungan itu diketuai oleh Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail.

Ketua Masyarakat yang hadir terdiri daripada Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua-Ketua Kampung (KK) dan Ketua Masyarakat Cina (Kapitan).

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah juga diberi taklimat aktiviti yang dijalankan oleh Badan Amal dan Kebajikan Mahkamah Anak Negeri Daerah Putatan yang dipengerusikan oleh K.K Amin Motai.

Yahya dalam ucapannya mengingatkan ketua masyarakat agar menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan dengan jujur dan amanah serta taat dan setia dengan kerajaan yang melantik mereka.

“Ketua Masyarakat perlu menjadi contoh kepada rakyat kerana mereka mewakili kerajaan, serta perlu mendengar keluhan rakyat selain teguran mereka”, tegasnya.

Beliau juga meminta ketua masyarakat agar turut memainkan peranan  memberi penerangan kepada rakyat akar umbi mengenai dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk faedah rakyat.

“Ketua Masyarakat jangan terikut-ikut dengan rentak dan tektik parti pembangkang yang memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan BN”, tegasnya.-pr/BNN