KOTA KINABALU: Berdasarkan amalan demokrasi semua turut mempunyai peluang untuk memberi tawaran berkhidmat kepada semua warga Sarawak.
Dan begitu juga bagi PN yang buat julung kalinya bertanding di Sarawak dan Alhamdulillah telah berjaya mendapat kemenangan kerusi pertama milik PN di Parlimen Saratok.
Menurut kenyataan Media Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian Pengerusi Badan Pimpinan Perikatan Nasional (PN) Sarawak adalah perlu difahami bahawa kemenangan PN ini juga adalah kemenangan bersama dengan GPS.
PN di peringkat negeri juga turut menyokong kepimpinan Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg yang juga Premier negeri Sarawak, katanya.
“Dengan demikian setelah berakhirnya PRU-15 ini marilah kita bersama-sama berganding bahu antara GPS dan PN Sarawak dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk semua warga Sarawak.”
Melalui kerjasama yang erat dan ikatan yang kukuh ini adalah diharapkan ia dapat menjamin masa depan yang lebih baik serta kekukuhan ekonomi, politik dan sosial yang lebih stabil untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Sarawak dan Malaysia amnya.-pr/BNN