KM
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke- 10 dan memberi jaminan Kerajaan Negeri akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan persekutuan dibawah pimpinan beliau demi untuk manfaat dan kebaikan bersama.
Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menaruh keyakinan akan
wujud kerjasama erat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan termasuk
usaha menunaikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan
negeri Sabah dengan kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk di bawah pimpinan
Anwar.
“Pengalaman luas Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini akan mampu membawa
kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh
negara pada masa depan,” katanya menerusi satu kenyataan medianya di sini hari ini.
Beliau juga berharap Manifesto Pakatan Harapan termasuk memperkasakan wilayah
Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan sebaiknya.-pr/BNN