Bakul makanan yang diagih di Tenom

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin
memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giatbdilaksanakan. Setakat 26 Oktober 2020, sebanyak 90,471 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh dua (22) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang,bPutatan, Papar, Tuaran,Kalabakan, Ranau, Tambunan,Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu,Kota Marudu, Tenom,Kinabatangan,Keningau, Kudat dan Pitas.

Bakul makanan yang diagihkan di Kota Belud

Sebanyak 3,172 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 26 Oktober 2020 melibatkan tiga belas (13) daerah iaitu daerah-daerah Kunak (394), Tawau (53), Sandakan (16), Papar (62), Tuaran (880), Ranau (57), Kota Belud (66), Tambunan (14), Kota Marudu (53), Tenom (54), Kinabatangan (408), Kudat (473) dan Pitas (642).-

YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT