KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Sabah dan Sarawak Datuk Armizan Mohd Ali menyifatkan
tugas baharu nya sebagai mencabar kerana itu pengalaman pertama dia berada dalam kabinet persekutuan.
Menurut kenyataan akhbar beliau berkata ini termasuk dalam landskap baharu dan unik kombinasi ahli jemaah menteri, saya diberikan portfolio yang berkait secara langsung dengan suara hati rakyat di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama.
Aspirasi Borneo yang mengharapkan kedua-dua wilayah ini diberikan perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya dalam agenda mengisi serta memperkukuhkan kelestarian Persekutuan Malaysia, katanya.
“Tanggungjawab menarik kerana amanah ini amat dekat dengan inti pati perjuangan saya sejak sekian lama khususnya dalam arena politik.”
“Antara agenda utama adalah untuk menyusul agenda yang berteraskan MA63. Syukur Alhamdulillah, bukan sahaja saya telah mendapat pendedahan dan terlibat dalam perihal tanggungjawab ini semasa berkhidmat di Pejabat Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2020 di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, tetapi juga pengalaman bekerjasama dengan pasukan Pejabat Menteri di JPM (Sabah dan Sarawak) sebelum ini di bawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili. “
“Saya yakin sedikit pengalaman ini akan dapat membantu pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Menteri di JPM (Sabah & Sarawak) di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia,” katanya.-pr/BNN