Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia

0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG
Malaysia) diketuai oleh Presidennya,Prof.Dato’Dr.Mohd Fakhrudin Abdul Mukti di
pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Selain mendengar beberapa nasihat daripada Hajiji, Mohd.Fakhrudin memberi taklimat berhubung aktiviti yang dianjurkan oleh WOAG seperti seminar dan multaqa ilmiah dan
lain-lain yang kebanyakannya berorientasikan pendidikan dan kebajikan, disampin menyebarkan fahaman kesederhanaan berteraskan kecintaan kepada keamanan dan keharmonian kaum dan agama.

Rombongan WOAG Malaysia turut disertai oleh beberapa orang pensyarah daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif dan Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.-pr/BNN