Dua orang Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) baharu, Encik Nerudin Ludah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dan Encik Mahadzir Abdul Majid bagi DUN Tanjung Keramat mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ridhwan Roger Linus dan Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah, Datuk Haji Awang Kadin Tang.-pr/BNN