KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima
kunjungan hormat daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Senator Dato’ Seri Diraja Dr.
Zambry Bin Abdul Kadir di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Ini merupakan kunjungan pertama Zambry selepas menyandang jawatan baharu itu.
Sebelum itu beliau merupakan Menteri Luar Negeri.

Kunjungan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak
dalam usaha membangunkan sektor pendidikan tinggi di negeri ini.

Hajiji mahu Kementerian Pendidikan Tinggi memberi keutamaan kepada Sabah
khususnya dalam usaha menambah dan meningkatkan lagi infrastruktur pendidikan
tinggi di negeri ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud,
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan
Tinggi (KPT), Encik Mohamad Azhan bin Md. Amir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi,
Prof. Dr. Azlinda binti Azman dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof.
Datuk Dr. Kasim Haji Mansor.-pr/BNN