KOTA KINABALU: Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah hari ini berkesempatan menghadiri majlis sambutan hari ulang tahun (HUT) restoran Rafflesia Chicken Hut ke-25 tahun di Damai Plaza, Luyang, Kota Kinabalu.
Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat selain turut dihadiri oleh pemilik restoran berkenaan, Datuk Md Affendi Hamdan.
Rafflesia Chicken Hut merupakan antara premis makanan yang popular di kalangan masyarakat majmuk di Kota Kinabalu dengan pelbagai menu menarik seperti Nasi Ayam, Ikan Baulu, Rojak Buah dan pelbagai lagi juadah lain.-pr/BNN