PETALING JAYA: Yayasan RYTHM, sebuah inisiaitif impak sosial bagi konglomerat antarabangsa Kumpulan QI, baru-baru ini meraikan pencapaian seramai 48 para sukarelawan di bawah Program Pembangunan Sukarelawan atau Volunteer Development
Programme (VDP) atas dedikasi, semangat dan komitmen dalam memberikan impak positif
terhadap komuniti mereka.

VDP merupakan salah satu projek inovatif Yayasan RYTHM bagi memupuk semangat
kesukarelawanan para belia dan mendorong penglibatan awam yang membabitkan komuniti setempat.

Dilancarkan pada Ogos 2023, program ini berjaya menarik ramai individu yang bersemangat untuk menjadi sukarelawan serta ingin memberikan impak yang bermakna
menerusi khidmat masyarakat.

Program latihan VDP berjaya mengasah kemahiran peserta dan menambahkan kefahaman
mereka terhadap tanggungjawab sosial. Sepanjang enam bulan lepas, mereka turut menimba pengalaman melalui pelbagai program impak komuniti yang dianjurkan oleh Yayasan RYTHM.

Secara keseluruhan, para sukarelawan VDP telah berkhidmat selama 1,162 jam, menyertai 197 sesi khidmat masyarakat, menjalankan sebanyak 4 projek kutipan dana dan berjaya meraih RM4,289.50 sebagai sumbangan kebajikan.

“Ikon korporat Kumpulan QI iaitu Mahatma Gandhi pernah berkata bahawa cara terbaik untuk mengenali diri sendiri adalah dengan berkhidmat kepada orang lain. Hari ini, kami meraikan pencapaian para sukarelawan VDP di samping menekankan semangat tidak mementingkan diri dan kepentingan khidmat masyarakat yang mentakrifkan intipati RYTHM – ‘Raise Yourself to Help Mankind’,” ujar Datin Sri Umayal Eswaran, Pengerusi Yayasan RYTHM di dalam ucapannya.

“Melalui VDP juga, kami berjaya menyemai semangat inginkan perubahan di dalam diri para sukarelawan ini. Saya teruja untuk melihat sumbangan mereka kepada komuniti yang
memerlukan di Malaysia pada masa akan datang,” kata beliau lagi.

“VDP merupakan platform yang hebat bagi para pelajar kami untuk mengetahui tentang isu- isu semasa dan melatih mereka untuk menyumbang ke arah perubahan di dalam masyarakat setempat. Melalui VDP, mereka mempelajari pelbagai kemahiran seperti cara menyelesaikan masalah, kecekapan berunding dan kemahiran memimpin,” tambah Punitha Sivanantham, pensyarah kanan yang juga CSR Champion dari Kolej Antarabangsa INTI Subang, sebuah rakan kongsi VDP.

“Selepas menyertai VDP, para pelajar kami menjadi lebih berkeyakinan dalam memimpin dan mengendalikan pelbagai projek amal. Mereka mampu berkhidmat untuk komuniti dalam jangka masa panjang berbekalkan pengalaman di dalam program ini,” ulas Punitha lagi.

How Yu Qian yang merupakan salah seorang sukarelawan VDP berkata VDP merupakan
satu gerbang laluan untuk beliau menceburkan diri dalam khidmat masyarakat.

“Saya tidak berpengalaman langsung dalam bidang kesukarelawanan, dan mengambil keputusan menyertai VDP untuk berusaha mengubah dunia ke arah yang lebih baik.”
Tambah beliau lagi, “VDP mengajar saya keluar dari zon selesa dan menjadi lebih peka terhadap kesukaran yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-
anak keperluan khas yang menuntut di Taarana, sebuah sekolah pendidikan khas di bawah Yayasan RYTHM. Melalui VDP, saya turut melihat pelbagai isu semasa dari sudut yang
berbeza.”

Sama ada menerusi pendidikan, memperkasakan kominiti yang memerlukan atau memupuk pembangunan mampan, peserta VDP memainkan peranan penting dalam mendorong perubahan bermakna di dalam mana-mana komuniti. Tindakan kolektif seperti VDP memberikan impak yang lebih positif dan para sukarelawan VDP telah menunjukkan
semangat kerjasama dan dedikasi untuk mencipta dunia yang lebih baik untuk semua.

Program ini bersesuaian dengan kempen Yayasan RYTHM untuk 2024, iaitu #BangkitBersamaRYTHM atau #RiseWithRYTHM. Melalui gabungan teori dan pengalaman praktikal, VDP merupakan persekitaran yang mempercepatkan pembelajaran dan sesuai
dengan misi kempen untuk memperkasakan individu melalui tindakan yang strategik.

Skop impak Yayasan RYTHM di Malaysia termasuk membantu komuniti Projek Perumahan
Rakyat (PPR), masyarakat Orang Asli dan Orang Asal, kanak-kanak, belia dan kaum wanita.
Di samping itu, Yayasan RYTHM juga melibatkan institusi pendidikan dan badan bukan kerajaan untuk memastikan para sukarelawan mempunyai pelbagai peluang bagi
menyumbang masa dan kemahiran mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai VDP dan mendaftar sebagai seorang sukarelawan, layarilah https://www.rythmfoundation.org/initiatives/volunteering/.-pr/BNN