Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah mengadakan Majlis
Kesyukuran Menyambut Bulan Ramadan bersama ketua-ketua jabatan negeri Sabah di
kediamannya di Kampung Serusup di Tuaran, pada Jumaat.
Majlis kesyukuran itu turut dihadiri isterinya, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah
Salag. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar
Untong dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (KPPAN) Sabah, Datuk
Zainudin Aman.
Kira-kira 200 ketua-ketua jabatan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
menghadiri majlis kesyukuran berkenaan.-pr/BNN