PPK Baram sokong kenyataan PPK Kinabalu berhubung perubahan tarikh MAT unit peladang

0
434
Datuk Sylvester Entri Muran

MARUDI (SARAWAK): Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Baram menyokong kenyataan PPK Kinabalu (Sabah) berhubung perubahan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Unit Peladang (UP) 2019.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarahnya, Datuk Sylvester Entri Muran berkata, perubahan tarikh MAT UP 2019 telah menyusahkan ahli-ahli peladang di kawasannya.

Katanya, di kawasan PPK Baram mempunyai 96 UP yang terletak jauh diantara satu sama lain malah daripada pejabat PPK di Marudi.

“Sehubungan itu, kami meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia campur tangan mengenai perubahan tarikh MAT itu agar UP boleh terus mengadakan mesyuarat mereka.

“Perubahan tarikh MAT UP akan menyusahkan mereka”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sylvester berkata demikian ketiga mengulas kenyataan Pengerusi PPK Kinabalu, Datuk Haji Jaimin Samitah berhubung perubahan tarikh MAT UP 2019.

Jaimin berkata, mengikut tradisi MAT UP diadakan bermula bulan Januari sehingga akhir Mei.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladanh (LPP), Haji Hamzah Haji Bahari selalu Pendaftar Pertubuhan (PP) telah mengeluarkan arahan pada 8 Januari 2019, agar mesyuarat itu diadakan pada bulan Mac 2019.

Sylvester juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sarawak turut mempertikai niat Ketua Pengarah LPP dan Timbalannya, Puan Azurita binti Salim dalam perkara ini.

Beliau mempersoalkan, “dengan arahan Pendaftar tersebut adakah ianya cara yang terbaik untuk membangunkan PP dan memberi keuntungan kepada ahli-ahli Peladang ataupun sebaliknya”.

“Semenjak Pentadbir mengambilalih pentadbiran Pertubuhan Peladang Kebangsaan ( NAFAS) pada 1 Jun 2018, kami ahli-ahli peladang tidak nampak bagaimana Pentadbir mempunyai rancangan untuk membangunkan sosio-ekonomi peladang amnya.

“Mereka hanya memikirkan tadbir urus NAFAS semata-mata kononya memulihkan peranan NAFAS pada asalnya dengan mengeluarkan bermacam-macam arahan demi arahan.

“Ini boleh menjejaskan kelancaran perkembangan NAFAS dan PP amnya. Kesan perubahan ini tidak sihat untuk pembangunan sosio-ekonomi ahli-ahli peladang seterusnya.

“Hormatilah kami ahli-ahli PP sebagai pemegang saham dalam PP”, tegasnya.-pr/BNN