Musa adakan lawatan kerja ke Kunak

0
55
Musa disambut oleh pemimpin UMNO dan rakyat Kunak setibanya di majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sri Pangkalan.
Musa disambut oleh pemimpin UMNO dan rakyat Kunak setibanya di majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sri Pangkalan.

KUNAK: Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah mengadakan lawatan kerja ke daerah Kunak, hari ini.

Ketibaan beliau di padang Pekan Kunak menggunakan helikopter disambut oleh pemimpin UMNO & parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Nilwan Kabang.

Selain mendengar taklimat pembangunan daerah Kunak dan Lahad Datu di bilik mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Kunak, Musa turut merasmi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sri Pangkalan dan melawat Mini Estet Sejahtera (Mesej) di Kampung Pangi, Kunak.

Musa disambut oleh pemimpin UMNO bahagian Silam setibanya di padang pekan Kunak.

Turut serta dalam lawatan Musa ialah Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Datuk Seri Panglima Raymond Tan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Seri Panglima Radin Maleh, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.-pr/BNN