Yahya rasmi kursus pengurusan dan pentadbiran JKKK, JKDB

0
Yahya (duduk, enam dari kiri) bersama Ir.Edward Yong (duduk, lima dari kiri), Ag.Abd.Ghani (duduk, lima dari kanan)
Yahya (duduk, enam dari kiri) bersama Ir.Edward Yong (duduk, lima dari kiri), Ag.Abd.Ghani (duduk, lima dari kanan)

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru dan DUN Petagas di Hotel Soluxe, Putatan, semalam.

Kursus selama 3 hari itu dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Putatan, telah disertai oleh 49 pengerusi dan setiausaha JKKK/JKDB.

Yahya yang juga ADUN Petagas berkata, JKKK dan JKDB memainkan peranan penting dalam membantu  kerajaan menyampaikan segala agenda yang telah dirancangkan,  terutamanya  kepada  rakyat di kawasan luar bandar.

“Sikap professionalisma yang ditunjukan oleh  pemimpin peringkat JKKK/JKDB, bukan sahaja dapat membantu rakyat malah membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang telah dirancang”, tegasnya.

Beliau juga mahu badan JKKK mengenalpasti dan memastikan pengundi-pengundi berdaftar di kampung mereka keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan datang.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir.Edward Yong yang juga ADUN Tanjung Aru, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Encik Majaran Osman, Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag.Abd.Ghani Pg.Yusoff, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Mohd.Yunus Ismail,  Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putatan, Puan Juriah Palasin, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N.17 Petagas, Haji Ali Hussin Sharin dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.-pr/BNN