KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat
Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) Datin Seri
Panglima Datuk Hajah Juliah Salag bersama ahlinya membungkus kuih muih Hari Raya
Aidilfitri untuk diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan
di negeri ini.
Majlis Pembungkusan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri itu dianjurkan oleh Biro Kebajikan
MUTIARA GRS, diadakan di Rumah MUTIARA GRS, Jalan Penampang pada Rabu.
MUTIARA GRS menyumbang sebanyak 380 bakul (bag) yang mengandungi kuih muih
Hari Raya tradisional dan moden, kurma, serunding, minuman dan lain-lain.
Julia berkata, sumbangan bakul itu bagi mengenang jasa dan pengorbanan para perwira
di barisan hadapan yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri.
“Mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan kuih muih ini akan menceriakan mereka
semasa bertugas dan menjalankan amanah bagi membolehkan rakyat menyambut
Aidilfitri”, katanya.
Naib Yang Dipertua II MUTIARA GRS yang juga Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda
Ewit berkata, jumlah bakul kuih muih yang disumbangkan lebih banyak tahun ini
berbanding tahun lalu.
“Selain pasukan keselamatan dan petugas kesihatan, tahun ini MUTIARA GRS turut
menyumbang kepada pihak Imigresen dan Kastam terutama mereka yang akan
bertugas pada 1 Syawal ini.
Menurutnya Juliah akan menyerahkan bakul kuih muih Hari Raya itu kepada Ketua
Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang kemudiannya akan menyerahkannya kepada pasukan keselamatan, petugas kesihatan dan lain-lain yang
dijadualkan diadakan pada 4 April 2024 depan.-pr/BNN