KUALA LUMPUR:Pergolakan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Parti Keadilan
Rakyar (PKR) Negeri Sabah telah pun dilapur di mesyuarat Biro Politik Pusat (Biropol) pada 24 Mac lalu.

Biropol tidak ada membuat sebarang tindakan dan kedudukan Datuk Sangkar Rasam selaku Pengerusi MPN Negeri Sabah adalah kekal. Dato Seri Anwar selaku Presiden PKR akan mengadakan consultation dengan semua ketua2 cabang di Sabah selepas Hari Raya ini untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan ini.

Pergolakan kepimpinan MPN Negeri Sabah tercetus apabila dikatakan terdapat 15 Ketua2 Cabang dari 26 Cabang d Sabah telah menandatangani Surat Akuan Bersumpah (SD) hilang kepercayaan kepada Datuk Sangkar Rasam selaku Pengerusi MPN. Adalah dipercayai 15 SD ini telah disampaikan kepada Preseden parti, kemuncak kemelut ini berlaku pada mesyuarat MPN pada 18 Mac yang lalu apabila Ketua Cabang Tuaran secara terbuka telah meminta Datuk Sangkar mengundur diri.

Rasam telah bertegas untuk tidak meletak jawatan dan akan meneruskan tugas beliau selaku Pengerusi MPN sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Presiden Parti.

Dari segi Perlembagaan, perlantikan Pengerusi MPN Negeri adalah kuasa prerogative Presiden parti setelah berbincang dengan semua Ketua2 Cabang. Penolakan ketua2 cabang terhadap perlantikan ini samada melalui SD atau pun meja mesyuarat MPN tidak mampu untuk menggugat kesahihan Pengerusi yang telah dilantik oleh Presiden.

Dengan kata lain, tanpa tindakan terbaru dari Presiden Parti, kedudukan Datuk Sangkar selaku Pengerusi MPN tidak terjejas dengan segala bentuk gerakan yang beliau hadapi.

Walaupun begitu, jika angka 15 SD oleh ketua2 cabang ini adalah sahih dan konsistent, ianya merupakan satu element yang tidak baik bagi Datuk Sangkar untuk terus memimpin PKR negeri.

Angka 15 ini merupakan lebih separuh dari 26 jumlah ketua2 cabang di Sabah. Tanpa command dan control leadership, beliau tentunya sukar untuk menbuat keputusan secara consensus, apatah lagi untuk memberi arahan kepada subordinates hala tuju organisasi politik besar yang beliau pimpin.

Sabah akan menghadapi pilihanraya negeri (PRN) ke17 pada bila2 masa sebelum September tahun 2025, organisasi MPN perlu diperkasa ketahap optima, PRN Sabah ini adalah yang pertama sejak PH pimpinan Dato Seri anwar mengambilalih kerajaan persekutuan pada November 2022 lalu.

Menang PRN Sabah ini samada PH bertanding bersendirian ataupun bekerjasama dengan parti lain bukan saja matlamat utama, tetapi kemenangan ini adalah satu moral obligation kepada kedudukan kerajaan persekutuan pimpinan Anwar.

Saya yakin Presiden parti akan meneliti pergolakan ini dari setiap sudut. Faktor kepentingan parti dan persediaaan PKR Sabah dalam menghadapi PRN negeri tentunya akan menjadi perkiraan utama.

Tambahan lagi, PKR selaku parti yang menerajui PH Sabah akan memainkan peranan yang amat penting untuk mempastikan PH kekal relevant dalam arus politik Sabah dan Negara.

Akhir sekali, saya menyeru kepada ketua ketua cabang dan seluruh ahli PKR Sabah agar bersabar dan mengelakkan penglibatan media secara terbuka bagi memberikan ruang yang secukupnya kepada Presiden untuk mencari formula terbaik menyelesaikan pergolakan kepimpinan MPN Sabah ini.

Apapun keputusan Presiden, ahli ahli PKR perlu terbuka dan berjiwa besar untuk Bersatu segera demi kepentingan parti. PRN Sabah ke17 bakal menjelang, dan kita tidak mampu untuk berpecah belah.-pr/BNN