TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menyantuni kanak-kanak istimewa sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tuaran di Kampung Batangan pada Rabu.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat
(MUTIARA) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diiringi oleh Isteri Timbalan Ketua
Menteri/Menteri Kerja Raya Negeri, Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd.Saufi, isteri
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datin Hajah Lenny Natasha Tan Sri Musa
dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir MUTIARA-GRS.

Selain menyantuni para pelatih PPDK Tuaran dan ibu-bapa mereka, Juliah yang juga
penaung pertubuhan itu turut menyampaikan “Duit Raya” kepada para pelatih.

Antara pengisian Majlis Rumah Terbuka Hari Raya itu ialah persembahan daripada
pelatih PPDK, persambaham ibu bapa dan cabutan tiket bertuah.

PPDK Tuaran yang ditubuhkan pada tahun 2010, kini mempunyai seramai 85 pelatih
orang kurang upaya (OKU) berumur diantara 2 tahun hingga 40 tahun dari sekitar
kawasan Tuaran.-pr/BNN