KOTA KINABALU: Pembentukan Malaysia telah membawa banyak nikmat dan manfaat kepada pelbagai lapisan rakyak di seluruh negara dan negeri ini, kata Ketua Menteri,
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, Sabah amat menghargai keprihatinan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat
negeri ini.

Menurutnya, perjalanan membina negara ini masih panjang, berliku dan pastinya akan
berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun pasti berjaya diharungi dengan adanya
kesatuan, kebersamaan dan perpaduan atas kepentingan tanah air.

Beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati tema sambutan Hari
Malaysia tahun ini iaitu “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”, cerminan yang amat penting
bagi kemakmuran dan kemajuan negara.

“Malaysia Madani” yang disokong oleh enam nilai teras utama mencerminkan visi kita
untuk membentuk masyarakat yang berdaya tahan, harmoni dan progresif. “Jiwa
Merdeka” menggambarkan kebebasan rakyat Malaysia daripada elemen negatif,
menekankan semangat patriotisme dan cinta kepada negara.

“la juga melibatkan aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi dalam usaha kita
untuk membina sebuah kesatuan rakyat yang kukuh dan harmoni”, katanya dalam
perutusan sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.

Hajiji berkata, nilai-nilai Malaysia Madani seiring dengan aspirasi dasar Sabah Maju
Jaya (SMJ) yang menjadi panduan kerajaan dalam memacu pembangunan negeri ini.
Melalui dasar ini, kerajaan berusaha memperkukuhkan ekonomi, mempertingkatkan
kesejahteraan rakyak dan memperkasa pembangunan yang leslari.

“Gabungan nilai-nilai Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya ini adalah manifestasi
kesungguhan kita untuk melihat Sabah dan Malaysia terus maju dalam suasana yang
aman dan makmur.

“Bagi kita di Sabah, semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum akan
terus dipertahankan dalam usaha bergerak maju ke hadapan. Lni kerana kesatuan dan
perpaduan antara rakyat adalah kunci kepada kejayaan Malaysia amnya dan Sabah
khususnya.

 

“Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan dan terus bekerja
keras demi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang makmur,
berdaulat, dan dihormati di peringkat antarabangsa”, tegasnya.

Beliau berkata, sambutan Hari Malaysia amat bermakna kepada seluruh rakyat
Malaysia bersama-sama mengingati dan merayakan detik bersejarah tanah air yang
berlaku 61 lahun yang lalu.

Menurutnya, pada ketika itulah termeterainya perjanjian yang menyatukan dua wilayah
Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu untuk membetuk sebuah negara bangsa yang
berdaulat dan merdeka di bawah satu bendera, satu negara.

“Semoga sambutan Hari Malaysia pada tahun ini memberi inspirasi dan kekuatan
baharu kepada kita semua dalam meneruskan perjuangan untuk memastikan masa
depan negara yang lebih cemerlang”, katanya.-pr/BNN