KOTA KINABALU: Seramai 30 belia menerima watikah pelantikan sebagai Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 3.0 daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
pada majlis ringkas di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu pada Rabu.

Hajiji juga menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan kerjasama Program Felo
SMJ 3.0 terdiri daripada kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan- badan berkanun serta melancarkan Persatuan Alumni Felo SMJ.

Katanya, belia yang terpilih menyertai Felo SMJ 3.0 akan ditempatkan di kementerian, GLC dan badan-badan berkanun kerajaan bagi menjalani latihan dan pendedahan
kepada alam pekerjaan sebenar sebelum ditawarkan bekerja dalam sektor kerajaan
atau swasta.

Beliau yang berpuashati dengan prestasi Program Felo SMJ 1.0 dan 2.0 berkata, semua alumni Felo SMJ sudah mendapat pekerjaan selepas selesai menyertai program itu.

Daripada 30 orang Felo SMJ 3.0 yang dipilih tahun ini, seramai 14 orang adalah lelaki
dan 16 orang perempuan. Seramai 10 orang daripada mereka akan ditempatkan di
Kementerian-Kementerian dan 20 orang lagi di 17 GLC serta Badan Berkanun.

30 belia yang dipilih ialah Mark Kevin Frederick yang ditempatkan di Jabatan Ketua
Menteri, Fairul Rafiq Nordin (Kementerian Pertanian dan Perikanan), Yathrive Harsa
(Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan), Mohammad Harith Jaafar
(Kementerian Kerja Raya), Nadira Nadia Simudah (Kementerian Kewangan), Roger
Yapp Kah Chong (Kementerian Pembangunan Industri dan Keusahawanan), Viannie
G. Jendili (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar), Anasuha
Hallhana Jilin (Kementerian Pembangunan Luar Bandar), Nor Aqila Side (Kementerian
Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat), Shahrul Azwan James@Mohd
Zulazmi (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi).

Dayangku Adriana dan Nicole Olivia Alvera Pagrios (Asian Supply Based), Mohammad Iddin Kassim (DESA), Mohammad Fiehzan (Institut Kerjasama Kerajaan & Rakyat), Sitti Aisyah Orlando (JETAMA), Mohd Ashraf Busrah (KKIP Aerospace), Aliuddin Anwar (Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah), Nurul Izzati Janis (Qhazanah Sabah Berhad), Mohamad Fadlie Shafiq Osman (Sabah Port), Sonia Crystal Miji (Sabah Credit),Audrey Easter Adelaide dan Muhd Iqmal Hamsah (Sabah Energy),

Hainie Selin (Sabah Net), Priska Magdalena Sinem (Sabah Softwood), Nur Amirah Jais (SAFMA), Mohd Nur Hakim Jaidi (Smart Sabah), Ismail Kasim (Suria Capital), Kultum Demie dan Mohd Farhan Roslin (Tanjung Aru Eco-Development) dan Mohd Hilman Syah Ahmad (Yayasan Sabah). Turut hadir di majlis itu ialah jemaah kabinet negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Fairuz Renddan.-pr/BNN