KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM110,000 untuk
Anugerah Kewartawanan Kinabalu tahun ini, meningkat berbanding RM100,000 tahun
lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan itu
kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) selaku penganjur anugerah itu pada Majlis
Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Rakan Media di Dewan Bankuasi, Menara
Kinabalu pada Sabtu.
Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri, Datuk Lucy Irene Yong dalam
ucapannya berkata, Majlis Hari Raya Aidilfitri itu dihoskan khas oleh Ketua Menteri
khusus untuk para pengamal media.
Katanya, Hajiji dan Kerajaan Negeri amat menghargai peranan dan kerjasama pihak
media, yang terus memberi sokongan dan membantu melaporkan program-program
yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Menurutnya, sambutan tahun ini berbeza daripada tahun sebelumnya, kerana ia
diadakan di Menara Kinabalu yang mempunyai dewan yang cantik dan indah.
Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji
Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Negeri, Datuk Joniston Bangkuai, Pengarah Penerangan Negeri, Puan Jainisah Mohd
Noor, Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Negeri Sabah, Mohd.Yusni
Mohamed Ali, Presiden SJA, Puan Mariah Doksil, Presiden Persatuan Wartawan Kota
Kinabalu (KKJA), Jimmy Goh, Ketua-Ketua Pengarang, Ketua-Ketua Biro akhbar
dan portal berita.-pr/BNN