KENINGAU: Ketua Wiramuda Parti STAR Liawan, Micheal Tambi bersama timbalannya, Richad Adin @ Muhd Raziq Hidayat Abdullah menziarahi Christino Chuan yang sedang menerima rawatan pasca pembedahan di Hospital Keningau, semalam.
Mereka turut menyampaikan sumbangan ikhlas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman sebagai tanda sokongan moral dan solidariti.
Menurut Micheal, ziarah itu mencerminkan nilai kekeluargaan dan semangat setia kawan dalam kalangan belia STAR.
“Ini perjuangan bersama, bukan hanya dalam politik, tetapi dalam kehidupan,” katanya.
Wiramuda STAR Liawan turut mendoakan agar Christino segera pulih dan kembali aktif menyumbang kepada pembangunan komuniti.-pr/BNN





