KENINGAU: “Suara rakyat, harapan rakyat, masa depan rakyat” – itulah tekad Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam membawa negeri ini ke arah lebih maju dan sejahtera.
Di Bingkor, semangat itu dizahirkan menerusi kepimpinan Datuk Robert Tawik Mansai yang sentiasa dekat dengan denyut nadi masyarakat.
Di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, GRS menekankan dasar pembangunan berfokuskan kesejahteraan rakyat. Di Bingkor, Robert Tawik giat mengangkat agenda pembangunan pedalaman – membina jalan raya baharu, memperkukuh akses pendidikan, serta membuka peluang ekonomi demi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
Bagi rakyat Bingkor, Robert bukan sekadar wakil rakyat, sebaliknya menjadi jambatan penghubung antara kerajaan negeri dengan komuniti desa dan bandar. Pendekatan kepimpinan beliau yang berasaskan tindakan nyata menjadikan setiap janji diterjemahkan kepada hasil yang boleh dirasai rakyat.
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, masa depan Bingkor dan Sabah terletak pada kebijaksanaan rakyat menentukan pilihan.
GRS terbukti bukan sekadar gabungan politik, tetapi wadah penyatuan demi menjayakan agenda Sabah Maju Jaya.
Di Bingkor, Robert Tawik tampil sebagai pelapis harapan – seorang pemimpin berjiwa rakyat, mendengar keluhan masyarakat dan komited membawa perubahan yang nyata.-pr/BNN





