Penghuni Sri Pritchard terima ang paw dan bakul makanan dari Frankie Liew

0
217
Frankie (empat dari kiri) dan Francis (tiga dari kanan) mesra bersama penghuni Rumah Wargatua Sri Pritchard Kinarut.
Frankie (10 dari kiri) bersama Francis (lapan dari kiri) dan kakitangan syarikatnya bergambar kenangan di rumah amal itu-Pix LSK

KOTA KINABALU: Menjelang perayan Tahun Baru Cina, golongan warga emas di Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut tidak dilupakan oleh mereka yang prihatin khususnya syarikat-syarikat swasta dan juga individu.

Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah, Datuk Frankie Liew telah mengetuai kira-kira 100 kakitangan 2 buah syarikatnya iaitu Dongshun Group dan Nuga Best (Sabah) Sdn.Bhd mengunjungi 88 penghuni rumah amal itu untuk menyampaikan sumbangan berupa makanan dan “Ang Pow”.

Frankie (empat dari kiri) dan Francis (tiga dari kanan) mesra bersama penghuni Rumah Wargatua Sri Pritchard Kinarut-Pix LSK

Frankie Liew merupakan Pengarah Urusan Dongshun Group dan Pengerusi Eksekutif Nuga Best. Turut serta ialah Pengarah Urusan Nuga Best, Encik Francis Liew.

Menurut Frankie, lawatan ke rumah amal menjalang perayaan Tahun Baru Cina itu merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan membawa sedikit kecerian dan kegembiraan kepada warga emas di institusi itu.

“Kunjungan ini amat bermakna bagi memberi kesedaran kepada kita terutama kakitangan syarikat saya agar jangan lupa golongan yang memerlukan perhatian terutama menjelang Tahun Baru Cina”, tegasnya.

Frankie diiringi oleh Francis (tiga dari kiri) dan Lucina (dua dari kiri) menyampaikan wang paw kepada Kabun Kansiaw, 100 tahun-penghuni tertua di rumah amal itu-Pix LSK

Katanya, dalam dunia ICT ini, manusia cenderung sibuk dengan gajet seperti telefon pintar dan komputer sehingga masa untuk menjalin hubungan silatulrahim sesama saudara dan sahabat semakin terbatas.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Penguasa Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Puan Lucina Loijim.-pr/BNN