KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, yakin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin, akan kembali bertugas dalam masa terdekat selepas menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif dan memuaskan.

Dr .Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah) berkata demikian selepas mengadakan kunjungan mesra terhadap Robert yang kini sedang berehat untuk pemulihan.

“Saya amat berpuas hati dengan perkembangan kesihatan beliau. Dengan doa dan sokongan semua pihak, Robert akan segera pulih sepenuhnya, kembali menjalankan tugas serta turun padang seperti biasa demi rakyat, khususnya dalam menghadapi persiapan pilihan raya negeri,” katanya.

Sementara itu, Robert yang juga Timbalan Presiden STARSabah turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Dr Jeffrey meluangkan masa menziarahinya.

“Saya amat berterima kasih kepada Dr. Jeffrey atas kesudian hadir menziarahi saya. Sokongan dan doa beliau serta rakyat Bingkor amat saya hargai, dan ia menjadi kekuatan untuk saya segera pulih serta kembali berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar segala usaha pemimpin negeri dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah sentiasa dipermudahkan dan diberkati.-pr/BNN