KENINGAU: Walau tidak lagi bergelar wakil rakyat, Datuk Annuar Ayub Aman terus menunjukkan keprihatinan terhadap golongan muda di Liawan melalui sumbangan ikhlas bagi menyokong aktiviti sukan belia luar bandar.
Mewakili beliau, Pemaju Mukim Lingkudau, Noritah Melvina Dungkian, menyampaikan sumbangan kepada belia Kampung Bakiau dan Kampung Kadalakan di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan.
Sumbangan itu bertujuan membantu pembelian pakaian sukan serta penganjuran aktiviti futsal bagi menyemarakkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan belia setempat.
Wakil belia, Nellawaty Andilih, merakam penghargaan atas perhatian berterusan Annuar terhadap kebajikan dan pembangunan sosial anak muda Liawan.
Bagi Annuar, khidmat kepada rakyat bukan soal pangkat, tetapi kasih dan keikhlasan yang menghubungkan hati pemimpin dengan komuniti.-pr/BNN





