Peguam Erveana Ansari sertai BERSATU

0
358

SERTAI BERSATU.…Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (kanan) menerima borang permohonan menyertai Bersatu daripada peguam, Puan Erveana Ansari sambil diperhatikan oleh Setiausaha Eksekutif Bersatu Negeri  Sabah
Dato’ Armizan Mohd.Ali (dua dari kanan) dan Penolong Setiausaha Eksekutif Bersatu Negeri, En Abdul Kassim Haji Razali di pejabat Bersatu Sabah di Alam Mesra Kota Kinabalu, hari ini.

Erveana yang berasal dari Tuaran merupakan mantan calon Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengalu-alukan penyertaan Erveana yang sedia berkhidmat dan berjuang  bersama Bersatu.

“Bersatu Sabah sentiasa mengalu-alukan penyertaan golongan profesional dan mereka yang berminat bersama-sama mendokong perjuangan Bersatu  di Sabah”, katanya.-,or/BNN