Bersatu Kimanis Tubuh Biro Pembangunan

0
223
Mohd Arifin (bersongkok) menerima borang permohonan keahlian Bersatu di majlis itu.

MEMBAKUT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kimanis akan mewujudkan Biro Pembangunan Kimanis bagi merancang dan mencadang keperluan pembangunan dalam kawasan Parlimen Kimanis, kata Ketuanya, Datuk Haji Mohd.Arifin Haji Mohd.Arif.

Sebahagian ahli Bersatu yang menghadiri mesyuarat cawangan-cawangan Bersatu Bahagian Kimanis.

Katanya, biro tu juga akan memberi idea, mencadang dan mengajukan keperluan pembangunan di kawasan Kimanis kepada Kerajaan.

“Sebagai contoh tentang prasarana pendidikan dan kemudahan jalan yang sebahagianya telah selesai dan sebahagian lagi yang perlu diperjuangkan.

“Dengan adanya Biro Pembangunan Kimanis dalam Bersatu Kimanis, pembangunan yang lebih terancang dapat diatur dan direncanakan demi faedah rakyat di kawasan ini”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Cawangan-Cawangan Bersatu Bahagian Kimanis di sini, pada Ahad.

Mohd.Arifin juga merakamkan terima kasih kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang telah melawat bahagian Kimanis baru-baru ini dan memberikan peruntukan untuk kawasan itu.

Katanya, Dr.Maszkee turut mengumumkan pembinaan bangunan bahawa Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Brunei, Membakut.

“Menteri Pendidikan itu juga akan turut membantu sekolah lain di kawasan Membakut dan Bongawan, yang mana kita akan buat susulan selepas ini”, tegasnya.

Beliau berkata, pimpinan Bersatu Bahagian juga akan mengadakan jelajah ke semua cawangan dalam kawasan Membakut dan Bongawan bagi mengeratkan lagi silatulrahim bersama ahli-ahli parti.

Sempena majlis itu, Mohd.Arifin turut menerima sebanyak 400 borang permohonan keahlian Bersatu dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut.-pr/BNN